Resipi Poket Doraemon yang dikongsikan Bonda Dihatiku memang cukup membuka selera. Cara membuatnya juga mudah, ala-ala kebab. Intinya juga boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.
“Hari ini mari kite buat poket doremon.pada sesiapa yg mintk resepi ada pada setiap gambar ye.sape rajin boleh mencuba.resepi ni adik saya Ummi Alisya yg bg.tp resepi asal saya x tahu.mintk halal sape2 punye resepi ye kite kongsi ilmu sama2.terimakaseh. klu.ada yg x faham.boleh tanye saya jwb ok.”
Cara :
- Gelek roti satu persatu.
- Gunting roti berbentuk bulatan dan bilangan roti mesti angka genap.
- Bancuh sedikit tepung gandum untuk membuat gam.
- Sapukan tepung di sekeliling roti dan cantumkan dua roti menjadi satu.
- Pukul dua biji telur sehingga kembang.
- Kemudian celupkan roti dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti.
- Goreng satu persatu.
- Sejukkan sebelum potong.
- Potong bahagian tengah roti untuk dapatkan bentuk poket Doraemon.
- Sediakan inti. Boleh gunakan sosej dan daging burger. Hancurkan daging burger sebelum digoreng.
- Goreng sosej dan daging burger sehingga garing.
- Campurkan daging burger dan sosej.
- Sediakan cili sos, mayonis dan boleh tambahkan serbuk lada hitam jika suka. Tidak mahu letak pun tak apa.
- Campurkan semua bahan dan gaulkan sampai sebati. Jika nak pedas, tambahkan cili sos.
- Sumbatkan inti dalam poket Doraemon. Siap untuk dimakan.
Kredit resipi & foto : Bonda Dihatiku
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/