fbpx

Popia Cheese Krup Krap Mudah Giler Dengan 3 Bahan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Seperti kata empunya resipi, kalau dah buntu tidak tahu kudapan apa untuk diberi kepada anak-anak, cubalah popia cheese krup krap ni. Memang susah nak berhenti makan, sedapnya mengalahkan keropok di pasaraya tau.

“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni. Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni. Sedar sedar dah habis sebalang. Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.”  

 

Bahan :

1 pek popia

Serbuk cheese

Serbuk cili

Gula

 

Cara :

1. Gunting kulit popia dan dicarik-carik.

2. Kisar empat sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.

3. Goreng popia hingga keperangan dan toskan.

4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang sudah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang.

5. Goncang macam gaya korang goncang keropok mami monster tu sampai sebati.

6. Sedia untuk dimakan dan berebut depan tv.

Sumber : Farhana Ismail

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x