Musim PKP sudah lebih dari dua minggu. Mesti sudah tidak tahu nak buat apa untuk makan petang bersama keluarga kan? Teringin makanan atau pencuci mulut yang jual di luar seperti popia goreng pisang coklat yang melimpah ruah?
Jom, Admin kongsikan satu cara penyediaan Popia Pisang Coklat daripada seorang pengguna Facebook ini. Bila buat sendiri di rumah, tak kesah barang apa dan berapa banyak yang kita nak guna, betul tak? Mungkin disebabkan itu, beliau namakan resepi ini Popia Pisang Kayangan kot? Hehe…
Terima kasih MrsNor Wahid untuk perkongsian resipi Popia Pisang ini 🙂
Bahan-bahan:
Pisang berangan, pisang jenis lain pun boleh (pastikan pisang jangan masak sangat)
Tepung gandum dan air (dijadikan gam)
Kulit popia saiz 8.5″ X 8.5″ (saiz lain pun boleh)
Coklat syrup dan spread
Topping (crush oreo, mini koko crunch, mini cornflake, nestum, mini coklat chip, cheddar cheese)
Cara penyediaan:
1. Belah pisang menjadi dua.
2. Bungkus pisang dengan kulit popia, sila rujuk gambar untuk cara lipatan, sapu adunan gandum untuk lekatkan popia.
3. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan minyak betul-betul panas.
4. Setelah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
5. Susun pisang yang sudah digoreng ke dalam pinggan, dan hiaskan dengan coklat.
6. Taburkan topping ke atas popia pisang. Sedia untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: MrsNor Wahid (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos