fbpx

Popia Sira Sambal Manis. Rangup Dan Cukup Enak Buat Berbuka. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Enaknya popia sira sambal manis. Popia yang digoreng rangup kemudian disaluti dengan sambal beserta taburan bawang goreng bagi menambah keenakan.

Apa yang penting, kena pastikan sambal dan popia sejuk dahulu dan barulah disira bagi mengekalkan kerangupan.

 

Bahan inti :

Sengkuang (sagat)

Lobak merah (sagat)

Taugeh (kalau suka)

2 sudu Udang geragau

5 ulas bawang putih (kisar halus)

 

Bahan sambal :

5 ulas bawang putih (kisar halus)

5 sudu cili kisar

1 sudu biji bijan

Sos cili

5-7 sudu gula (agak-agak)

 

Bahan lain :

Kulit popia

Bawang goreng

 

Cara Inti Popia :

1. Panaskan minyak dan tumis udang geragau sebentar. Selepas itu, tumis sekali dengan bawang putih.

2. Apabila dah wangi, boleh masukkan sengkuang dan lobak merah. Perasakan dengan garam dan gula. Goreng sekejap supaya bahan sekata dan tutup api. Toskan minyak dan air.

Cara Sambal :

1. Untuk sambal, tumiskan bawang putih sampai wangi dan masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak dan kemudian masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air).

2. Kacau rata dan masukkan gula. Tumis sampai berbuih dan masukkan bijan dan kacau. Tutup api dan biarkan sejuk.

 

Cara :

1. Bila inti dah sejuk, bolehlah balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak dan api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng sejukkan sebentar.

2. Akhir sekali gaulkan popia dengan sambal sira. Tabur bawang goreng dan siap untuk dihidangkan.

https://www.facebook.com/hazirahz1/videos/pcb.3274194172903876/10215622519550588/?type=3&theater&ifg=1

Sumber : Hazirah Zaihan

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x