Asyik Tauhu Bergedel sahaja yang tular, kali ini kami kongsikan satu resipi yang diolah semula dan menggunakan kulit popiah. Lagi terasa kerangupannya.
Bahan :
Kentang direbus sampai empuk & dilenyek
Mixed vege rebus/celur sekejap
Ayam/Daging hancur yang dimasak
Bawang goreng
Daun Sup
Lada sulah/lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
(GAUL SEMUA)
*ikut byk mana nak la ye
•Kulit Popiah
-Gulungkan isi bergedel
-Gamkan hujung menggunakan air kosong
Cara :
1.Panaskan minyak menggunakan api sederhana perlahan.
2.Pastikan minyak betul-betul panas, celupkan popiah dalam telur dan masak.
3.Terbalikkan untuk masak yang sekata sehingga warna keemasan macam dalam gambar ni.
4.Angkat dan tapis minyak.
5.Boleh hias dengan cili potong, bawang goreng dan makan dgn cili kicap.
*kalau buat lebih dan simpan dalam peti, keluarkan dalam 30-40minit untuk kulit lembut semula sebelum goreng. Kalau keras kejung nanti mudah pecah masa goreng.
*Api pun kne control supaya x mudah pecah semasa menggoreng
Sumber : Ayna Mahmud