Pada bulan puasa ini, disebabkan kita menahan lapar dan dahaga. Apa sahaja resepi makan yang dikongsikan pasti menjadi perhatian. Betul tak? Maklumlah, sudah lapar, semua nak.
Seperti resepi Puding Karamel ini. Pencuci mulut ini tidaklah dihidang khas pada bulan Ramadan, tetapi ia menjadi kegemaran ramai pada tahun ini. Ramai yang telah cuba, dan memang sudah terbukti resepi ini begitu senang untuk dibuat. Tambahan pula, resepi ini menggunakan teknik mengukus.
Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Puding Karamel ini 🙂
Bahan A
1/2 cawan gula
Bahan B
5 biji telur gred A
Esen vanila
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
Cara membuat:
- Panaskan gula dan masak sehingga cair dan berwarna perang.
- Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
- Kemudian campur semua bahan B dan kacau sebati.
- Tapis adunan ke dalam loyang tadi dan kukus selama 25 minit.
- Sejukkan dan sisip tepi puding dengan pisau.
- Telangkupkan dan sedia untuk di hidang.
Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/