fbpx

Puding Karamel Tanpa Telur Dan Tak Perlu Kukus. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi Puding Karamel ini cukup sesuai untuk mereka yang alergik dengan telur dan lebih menarik, ia tidak memerlukan pengukus. Jimat masa kan? Hanya perlu sejukkan di dalam peti ais, dan nikmatilah sepuas hati.

 

Bahan puding :

1 paket serbuk agar-agar jernih (10gm)

4 cawan air

1 tin susu cair

1 cawan susu pekat

3 sudu tepung kastard

Sedikit esen vanila

 

Karamel :

3 sudu Gula pasir

2 sudu air

 

Cara :

1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil, gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.

2. Kemudian masukkan ke dalam loyang

3. Satukan semua bahan puding ke dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian panaskan di atas api yang besar. Masak puding sehingga mendidih dan pekat.

4. Biarkan puding suam sebentar, kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

5. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2 atau 3 jam.

6. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan dan kemudian potong. Sedia utk dihidang.

Tips: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat

Sumber : Nordiana Ab Kadil

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x