Puding kastard jagung antara kuih legend yang mak-mak akan buat bila menjelang puasa. Makan pula sejuk-sejuk, memang lega dan hilang haus berpuasa.
“Ramai yg dah pandai buat… Tp saje jer nak share gak resepi ptg2 nie… Mana tau ada yg masih blur x tau nak buat dessert apa utk buka posa nie… Buat nie jer senang… X sampai 20 minit dah siap. Ok dah g buat sekarangggggg.”
PUDING KASTARD JAGUNG
Bahan :
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin krimer jagung
Sikit garam
Cara :
1. Campurkan semua bahan dan kacau sampai rata. Masak di atas dapur dan kacau sampai likat.
2. Terus tuang dalam bekas semasa panas. Kalau tak nanti jadi menggerutu. Dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
Sumber : Mami Marsya QueenKitchen