fbpx

Puding Milo Oreo, Buat Penyejuk Tekak, Nyamannya.

iCookAsia

Puding Milo Oreo ini memang cukup enak, melihatkan rupa pun sudah mampu buat terliur. Cara menyediakannya juga mudah, yang penting jangan kedekut bahan, Barulah umphhh rasanya.

Kredit kepada Nurfarleena Shukor dan terima kasih Fairuz Abu Hassan atas perkongsian.

 

Bahan :

10 gm Serbuk agar-agar clear

4 cawan Air

1/2 cawan Gula pasir

1 tin Susu cair

1 pek Oreo – krim jangan buang

1 cawan Milo – campur serbuk koko sedikit

 

Cara :

  1. Larutkan agar-agar dengan air di atas api yang perlahan. Setelah larut, masukkan gula. Kacau lagi sehingga sebati.
  2. Masukkan susu dan kacau sehingga mendidih.
  3. Asingkan dua cawan ke periuk lain untuk membuat lapisan putih.
  4. Manakala adunan di dalam periuk tadi dimasukkan milo dan kacau sebati.
  5. Selepas siap,tuangkan separuh adunan milo untuk lapisan pertama dalam bekas.
  6. Tunggu sehingga lapisan keras, cucukkan dengan garfu di atas lapisan milo yang pertama tadi dan tuang semua adunan putih.
  7. Patahkan dua biskut oreo dan susun biskut di atas lapisan putih.
  8. Selepas keras,masukkan baki lapisan milo. Apabila sudah suam, masukkan ke dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk.

Kredit resipi & foto : Fairuz Abu Hassan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x