fbpx

Puding Roti Bersos Kastard, Sesuai Untuk Dimakan Petang. Memang Sedap!

iCookAsia

Hidangan akan menjadi lebih perfect jika ada nya dessert. Jadi, Admin nak kongsikan resepi Puding Roti yang sangat sedap dan sos yang pekat. Mesti sekali makan nak lagi hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Saiful Nasuha perkongsian resipi Puding Roti Bersos Kastard ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

7 keping roti (Dipotong petak)

Bahan B (Kisar):

1 biji telur

1 1/2 cup susu segar

4 sudu besar gula

1 penutup esen vanilla

Secubit garam

1 sudu besar marjerin/ butter

Bahan C (Hiasan):

Chocolate chips

Kismis

Ceri

Hirisan badam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, sapukan marjerin di sekeliling loyang.
  2. Kemudian, susunkan roti yang dipotong petak.
  3. Kisar bahan B dan tuangkan ke atas roti.
  4. Tekan-tekan roti dan pastikan semua roti menyerap dengan adunan tadi.
  5. Seterusnya, taburkan bahan hiasan dan bakar pada suhu 160 selama 35 minit.

Bahan (Sos Kastard):

3 sudu besar tepung kastard

1 1/2 cawan susu segar

3 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang diingini masing-masing)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  2. Tuangkan ke atas roti yang siap dibakar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Saiful Nasuha(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x