fbpx

Puding Roti Karamel, Pencuci Mulut Terbaik Untuk Makan Petang. Lembut Bergedik Betul!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka pemanis mulut, Puding Karamel kan? Tapi pernahkah anda cuba untuk mencampurkan Roti didalam adunan? Memang hasilnya lembut bergedik! Kalau digoyang-goyangkan tu, lembut gedik je. 

Buat yang tak pernah cuba, anda patut buat sekarang. Mudah je bahan-bahan yang digunakan. 

Terima kasih Pae AF untuk perkongsian resipi Puding Roti Karamel ini 🙂

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula (dijadikan karamel)

5 keping roti dicarik-carik

1/2 tin susu pekat (nak manis boleh tambah)

1 tin susu cair

1 tin air suam

1 sudu kecil esen vanilla

4 biji telur B

Cara membuat:

  1. Masak gula atas dapur dengan api perlahan, jangan kuat nanti gula hangus dan pahit pula karamel tu. Apabila gula bertukar warna, masuk sedikit air dan kacau rata. Tuang dalam loyang dan ketepikan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat manis, air suam dan roti ke dalam pengisar. Blend halus.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan kisar tadi. Kemudian, blend lagi sekejap.
  5. Selepas itu, tapis ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kukus lebih kurang 45 minit hingga masak dengan menggunakan api sederhana.
  7. Sejukkan terlebih dahulu dan barulah terbalikkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Pae AF (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x