fbpx

Pulut Pisang Atau Pulut Bangkok. Rasa Yang Berlemak, Masin Dan Manis Ini Sangat Memuaskan!

iCookAsia

Pulut Bangkok ini antara pencuci mulut di sebelah Pantai Timur yang agak terkenal. Rasa yang pelbagai dan cukup masin, masin dan berlemak daripada santan ini sangat sedap. Dengan berintikan pisang, lagi lah sedap kan? Nak guna pisang berangan boleh, pisang nangka pun boleh. 

Terima kasih Siti Zubaidah Hassan untuk perkongsian resipi Pulut Bangkok ini 🙂

Bahan-bahan:

Beras pulut

Pewarna Hijau

½ kg santan

Gula secukupnya

Garam secukupnya

Pisang Berangan 

Kelapa parut

Cara membuat:
1. Beras pulut dicuci dan direndam dengan pewarna hijau selama 1 jam.
2. Kemudian kukus separuh masak.
3. ½ kg santan, gula dan garam sedikit untuk bagi pulut rasa berlemak, dimasukkan dalam pulut separuh masak sebentar tadi dan kukus lagi hingga pulut masak.


4. Letak pulut di atas plastik dan letak pisang berangan.
5. Gulung sehingga pulut padat dan pusing hujung plastik seperti gula-gula.


6. Susun dalam pengukus dan kukus sampai pisang masak.
7. Setelah itu, sejuk kan dan buang plastik golek pulut tadi di atas kelapa. Kemudian potong ikut suka.
8. Akhir sekali, ambil sebiji kelapa parut dan campur dengan gula. Sebatikan.


Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Zubaidah Hassan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x