fbpx

Rahsia Biskut Semperit Klasik Yang Sedap. Guna Marjerin Planta, Baru Rasa Biskut Yang Asli Dan Rangup.

iCookAsia

Sambutan Hari semakin tiba. Tempahan biskut raya pun sudah penuh. Anda sempat order tak? Haa, kalau tak sempat disini Admin kongsikan resepi Biskut Semperit yang asli dan klasik daripada seorang pengguna Facebook. Kata beliau, bahan yang wajib perlu ada untuk memastikan hasil yang rangup, gebu dan sedap, anda perlu menggunakan marjerin Planta. Haa, senang je kan nak cari? Jom cuba!

Terima kasih Leen Lynda untuk perkongsian resipi Biskut Semperit ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan marjerin 

1 1/4 cawan gula icing

1 biji kuning telur

2 cawan tepung kastard

2 cawan tepung jagung

1 cawan tepung gandum goreng tanpa minyak

1/4 cawan susu tepung

1 sudu teh vanila

Cara membuat:

  1. Mixer planta, gula dan kuning telur hingga kembang.
  2. Masukkan vanila, susu tepung, tepung jagung, kastard dan tepung gandum.
  3. Uli lembut supaya senang ditekan dalam acuan.
  4. Akhir sekali, bakar pada suhu 160c selama 15 hingga 20 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Leen Lynda (Facebook) 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x