Biarpun menggunakan resipi yang sama, namun cara pembuatan yang berbeza akan menghasilkan karipap yang berbeza. Seperti cara perkongsian Eyda Fyda ini, minyak masak harus dipanaskan bersama marjerin sehingga hilang bunyi berdesir agar kulit karipap lebih rangup.
Bahan :
1 kg Tepung Gandum
1 mangkuk/cawan kecil minyak masak
2 sudu Majerin
Air bancuhan garam
Cara :
- Panaskan minyak masak bersama majerin sehingga hilang bunyi seakan berdesir.
- Kemudian tuangkan minyak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam bekas berisi tepung gandum dan gaul menggunakan senduk, jangan sesekali gunakan jari melainkan korang kebal.
- Apabila sudah suam, gaul gunakan jari sehinga menjadi seperti serbuk roti.
- Buat air bancuhan garam. Agak-agak sahaja sukatannya. Tidak kisah gunakan air sejuk atau air paip. Tuangkan ke dalam adunan tepung. Uli sehingga menjadi doh.
- Rehatkan doh selama setengah jam. Bungkus dalam plastik supaya tidak kena angin. Jika terkena angin, doh akan keras dan susah untuk dibentuk.
- Doh yang direhatkan akan menjadi semakin lembut dan seakan berminyak.
Bahan Inti :
Daging kisar – rebus
Kentang – potong dadu
Serbuk kari daging
Cili kering dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan udang kering
Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
Garam
Gula
Serbuk perasa – pilihan
Cara :
- Tumis lada kering yang telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan daging, kentang dipotong dadu dan daging kisar. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
- Kacau rata sehingga kering. Siap inti karipap.
Kredit resipi & foto : Eyda Fyda
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/