fbpx

Rahsia Gulai Ikan Padu Tak Cukup Sepinggan Nasi. Memang Lain Daripada Yang Lain. Tak Perlu Pakai Santan.

iCookAsia

Resipi Gulai Ikan Padu hasil perkongsian Zana Mokhtar ini memang cukup power, setiap kali dihidangkan tak pernah cukup sepinggan nasi.

Bahan yang digunakan juga berbeza dan santan tidak digunakan, namun kuahnya cukup pekat dan likat.

 

Bahan :

Ikan – ikut kegemaran

Sepaket Rempah kari ikan

1 sb Kari daging

Bawang merah – dikisar.

Bawang merah – dihiris

Bawang putih – dihiris

1 inci Halia – dihiris

Daun kari

Halba

2 sb Sos tiram di bancuh dengan air.

Air asam jawa

Garam

 

Cara :

  1. Rempah kari dibancuh bersama dengan bawang merah yang dikisar.
  2. Kemudian tumiskan halba, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiriskan tadi bersama daun kari.
  3. Setelah naik bau, masukkan rempah yang dibancuh tadi. Tumis sehingga naik bau dan garing.
  4. Selepas itu, masukkan sos tiram yang dibancuh bersama air asam jawa.
  5. Biarkan sampai likat dan pekat. Selepas itu baru masukkan sedikit air. Sukatan air agak-agak mengikut kepekatan yang disukai.
  6. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam, masukkan bendi, tomato dan ikan.
  7. Biarkan seketika dan nampak ikan sudah masak, tutup api.
  8. Selepas tu boleh la biarkan nasi tu masak dan di hidangkan.

Kredit resipi & foto : Zana Mokhtar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x