fbpx

Rahsia Hidangan Laksa Sedap. Buat Laksa Beras Homemade, Baru Puas Dengan Hasil Air Tangan Sendiri.

iCookAsia

Terdapat pelbagai jenis Laksa mengikut negeri. Laksa Penang berlainan dengan Laksa Sarawak. Cara kuah dan mee nya pun berlainan. Apa-apa pun, kebiasaanya untuk mee kita akan dapatkan yang sudah siap. Hanya tinggal nak rebus je kan. Tapi, apa kata kali ini kita belajar bagaimana hendak membuat mee nya itu sendiri. Orang kata, yang homemade ni lagi best kan?

Kalau anda ikut resipi di bawah ini, boleh la makan bersama kuah Laksa utara, Laksa lemak kuah putih dan juga Laksa kuah kari.

Terima kasih Roslina Shaari Ina Kie untuk perkongsian resipi Laksa Beras Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

500gm tepung beras C teratai

3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit

2 cawan air panas mendidih

Secubit garam

2 sudu makan minyak

Cara membuat:

  1. Letak tepung kedalam bekas.
  2. Larutkan garam dengan air panas.
  3. Masukkan minyak ke tepung dan tuang sedikit demi sedikit air panas sambil kacau dengan senduk.

*Kalau rasa keras tambah sedikit demi sedikit, air panas.

  1. Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
  2. Masukkan ke dalam acuan.

*Guna acuan maruku pun boleh.

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Kemudiaan, bentuk kan laksa dan buat hingga habis.
  3. Terus kukus selamat 20 minit.
  4. Angkat dan letak ke dalam air biasa lebih kurang 5 minit.
  5. Buang air dan tambah air baru.
  6. Kacau laksa untuk bagi ia terlerai antara satu sama lain. Dan tapis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Roslina Shaari Ina Kie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x