Bubur Lambuk antara hidangan yang paling popular pada bulan Ramadan dan kebiasaannya dihidang untuk orang ramai selepas solat Terawih atau pada waktu Moreh. Pelbagai cara sebenarnya untuk membuat hidangan ini. Tetapi, untuk episod kali ini, Datik Adek nak kongsikan cara membuat Bubur Lambuk ala di Kampung Baru.
Resipi Bubur Lambuk ini diambil daripada buku Makanan Warisan Malaysia, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.
Hidangan: 15 orang
2 cwn marjerin dan 1 cwn minyak sapi
10 labu bawang besar, dimayang
14 ulas bawang putih, dimayang
10 cm halia, dimayang halus
10 helai daun pandan
Rempah menumis
15 cm kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
10 biji pelaga
5 sdt halba
Rempah disangai dan dikisar
2 sdm biji ketumbar
13⁄4 sdm jintan putih
13⁄4 sdm lada putih
13⁄4 sdm lada hitam
5 cwn udang kering, direndam dan dikisar
2.5 kg daging tetel, dipotong menjadi ketulan kecil
air
5 cwn beras, dicuci dan tuskan
10 btg lobak merah, dipotong dadu
21⁄2 cwn kurma tanpa biji, dipotong dadu
21⁄2 liter pati santan
5 cwn bawang goreng (ms 309), diketepikan 1 cwn untuk
hiasan
garam secukup rasa
10 tangkai daun ketumbar atau daun sup, diracik halus
10 tangkai daun bawang, diracik halus
bawang goreng
Cara memasak:
1. Panaskan marjerin dan minyak sapi di dalam periuk besar. Dengan menggunakan api yang sederhana, tumis
bawang besar dan bahan aromatik berikutnya selama 3 minit. Kemudian masukkan rempah tumisan dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar, tumis hingga garing. Kemudian masukkan udang kering.
2. Masukkan daging ke dalam periuk dan goreng sehingga terbit minyak. Tuangkan air secukupnya dan rebus daging sehingga tiga suku masak.
3. Masukkan beras ke dalam periuk berisi daging dengan air secukupnya supaya beras hancur menjadi bubur.
4. Masukkan bahan-bahan yang masih berbaki seperti lobak merah, kurma, bawang goreng dan garam secukup rasa. Tuangkan santan dan gaul.
5. Selepas bubur lambuk siap dimasak, taburkan daun ketumbar, daun bawang dan lebihan bawang goreng. Kacau sebentar.
Anda boleh dapatkan buku masakan ini secara ‘online’, sila layari:
(Eng) Malaysia’s Culinary Heritage Book – https://shopee.com.my/Malaysia’s-Culinary-Heritage-The-Best-of-Authentic-Traditional-Recipes-i.285973716.5758739314
(Malay) Makanan Warisan Malaysia – https://shopee.com.my/Makanan-Warisan-Malaysia-Resipi-Masakan-Autentik-dan-Tradisional-i.285973716.9930671478
Video resipi ini adalah hasil kerjasama Kalsom Taib Publishing, Penjana, MyCreative Ventures dan Jabatan Warisan Negara.