fbpx

Rahsia Masak Pancake Makin Lembut Dan Gebu. Jom Buat!

iCookAsia

Kalau hujung minggu mesti nak masak sesuatu yang simple, sedap dan mengenyangkan anak-anak kita terutama sekali untuk sarapan pagi. Boleh cuba resepi terlebih mudah ini, sangat lembut dan gebu hasilnya. Puas hati!

Jom try.

Terima kasih Siti Safuraa Hamzah untuk perkongsian resipi Resepi Pancake ini 🙂

Bahan- bahan:

4 biji telur

5 atau 6 sudu besar tepung gandum (mengikut kepekatan bancuhan)

Fresh milk (Ikut banyak mana tepung, tapi jangan terlalu lembik sebab nanti nak campur putih telur) 

1 sudu kecil baking powder

2 atau 3 titik vanilla extract

Garam 

Gula

Olive oil atau butter yg dicairkan (Dalam 3 sudu)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang . 
  2. Kemudian, dalam bekas yang lain campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau sekata.
  3. Bila semua bahan sebati, masukkan putih telur yang dipukul tadi, kacau guna sudu sampai nampak cantik adunan.
  4. Akhir sekali, masak dengan menggunakan api sederhana tanpa minyak . Siap!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Safuraa Hamzah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x