Pagi-pagi ada nampak yang menjual Kuih Ketayap tapi kebiasaannya dibuat inti kelapa gula melaka kan? Meh buat resepi yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook, lembut teksturnya dan rasa yang sedap dengan inti kelapa pandan yang digunakan.
Jom try.
Terima kasih Nor Al Fatihah T-hah untuk perkongsian resipi Kuih Ketayap Inti Pandan ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A (Kulit Ketayap):
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air daun pandan (kisar 6 helai daun pandan ditambah air)
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam halus
Pewarna hijau
Bahan B (Inti Kelapa):
1 biji kelapa parut
3/4 cawan gula pasir
Secubit garam halus
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (Disimpul)
Pewarna hijau
Cara membuat:
- Mula-mula, untuk inti kelapa pandan, di dalam kuali, satukan gula, garam, air, pewarna hijau dan daun pandan.
- Kemudian, kacau hingga gula larut dan mendidih. Masukkan kelapa, kacau hingga air agak kering. Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dahulu terlebih dahulu.
- Untuk kulit ketayap, satukan tepung, garam, telur, minyak, air daun pandan, santan dan pewarna hijau.
- Campur sedikit pewarna hijau. Kacau sebati dan tapiskan. Nak kisarkan pun boleh.
- Panaskan non stick pan sehingga betul-betul panas. Tuang satu senduk adunan dan lenggang nipis. Masak di atas api kecil hingga kering di atas permukaannya, kulit akan jadi berlubang sebab terkena pan yang betul-betul panas.
- Akhir sekali, angkat dan letak inti. Gulung sehingga kemas. Sedia dihidangkan sama ada untuk sarapan atau minum petang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah T-hah(Facebook)
Pengisar memang penting di rumah. Kena ada satu. Meh tengok sini: https://shope.ee/30OIbzvrt9Â
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos