fbpx

Rasa Nak Makan Makanan Korea? Ini Dia Resepi Korean Chicken Wing Versi Melayu

iCookAsia

Sebut je pasal Korean food, mesti ramai akan berpaling. Mana tidaknya, Admin rasa hampir semua makanan korea menjadi favourite rakyat Malaysia kan? Tapi jangan risau, lepas ni korang duduk rumah je, dah boleh nikmati makanan korea yang memang lazat dan nak buat pun senang je tau. Boleh la buat banyak sambil layan drama korea. Baru la betul menikmati suasana tu.

Jom Admin share resipi ni dengan korang!

Terima kasih Uwan Nolly Epin untuk perkongsian resipi korean chicken wing ini 🙂

Bahan-Bahan:

500 g isi ayam (Potong, basuh bersih dan rendam dalam air + ais serta toskan)

Tepung bestari atau tepung jagung secukupnya

5 ulas bawang putih dicincang

2 sudu besar cili kering (blend)

1 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar sos cili

4 sudu besar sos korea adabi

1/2 cawan air

3 sudu besar madu

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Sedikit bancuhan air tepung jagung

Sedikit bijan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak.
  2. Isi ayam yang telah dibasuh bersih , kemudian rendam dalam air + ais. Toskan, kemudian gaul dengan tepung bestari atau tepung jagung. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan terlebih dulu.
  3. Apabila sudah selesai goreng ayam, kurangkan minyak goreng tadi dan tumis bawang putih.
  4. Kemudian, masukkan cili yang sudah dikisar.
  5. Tumis sehingga garing.
  6. Masukkan cili serbuk , madu dan sos cili dan sos korea.
  7. Masukkan sedikit air jika suka berkuah.
  8. Rasakan garamnya dan masukkan sedikit air tepung jagung.
  9. Apabila kuah dah pekat dan mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  10. Tutup api dan akhir sekali, taburkan bijan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Uwan Nolly Epin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x