fbpx

Rempah Ikan Bakar Terengganu. Seronok Buat BBQ Berbuka Nanti. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kalau sesiapa berkunjung ke Terengganu, mesti tak akan lepaskan peluang makan seafood sebab semuanya segar dan baru naik darat. Isi ikan yang manis, sotong yang segar, aduh susahnya nak gambarkan keenakan dan kepuasan.

Rempah Ikan Bakar Terengganu ni boleh juga dibuat pes dan disimpan dalam peti ais. Jadi bila nak guna, terus masak. Tak perlulah nak renyah lagi di dapur.

“RESEPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU

Haa ni la menu berbuka puasa cekjue semalam. Siapa yang datang terengganu mesti selalu makan ikan bakar, sotong bakar kan?.

Cekjue dapat resepi nie dari makcik cekjue. Seronokk berbuka makan reramai. Ratahh pun sedap.

Jangan kata bulan puasa, bulan tak puasa pun boleh sangatt bakar makan seisi keluarga.

Bahan- bahan dan cara buat ada cekjue #Share dekat setiap gambar.”

 

Bahan :

1 kg Lada Besar

2 cawan Cili kering kisar / RM2 Cili boh (kurangkan jika tak suka pedas)

2 cm Belacan

Nisan/ Gula Melaka

Asam Jawa

Gula

Garam secukup rasa

 

Bahan dikisar :

5 ulas Bawang Merah

5 ulas Bawang putih

2 cm Halia

10 batang Serai

Cara :

1. Hiris bawang putih, bawang merah, serai dan halia sebelum dikisar.

No 1 adalah hasil kisar bawang putih, bawang merah, halia dan serai.

No 2 adalah cili kering yang siap dikisar.

No 3 adalah cili besar yang da siap dikisar.

2. Panaskan minyak dan tumis dahulu belacan sehingga hancur dan naik bau. Biarkan harum semerbak satu rumah bau belacan. Hehe.

3. Setelah belacan dah betul-betul hancur dan naik bau, masukkan bahan dari mangkuk nombor 1. Tumis seketika .

4. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar. Kalau tak suka pedas, kurangkan kuantiti cili kering yang dikisar. Tumis seketika.

5. Kemudian masukkan cili besar yang dah dikisar. Tumis menggunakan api kecil sahaja. Boleh tutup periuk atau kuali yang digunakan untuk mengelakkan bahan tumis terpercik keluar. Namun kena selalu kacau, risau hangit.

6. Bila dah pecah minyak, masukkn gula melaka, gula, garam dan asam jawa secukup rasa. Tumis sehingga pecah minyak dan pekat. Waktu ini boleh sesuaikan rasa mengikut citarasa.

7. Rempah ini boleh digunakan untuk membakar sotong, udang, ikan, pari dan pelbagai lagi.

8. Kalau nak tahan lama, rempah yang sudah dimasak, di simpan di dalam bekas dan letakkan di tempat sejuk beku.

Tips bakar sotong :

1. Bakar dahulu sotong tanpa rempah. Bila keluar air sotong, buang dulu air itu. Selepas itu baru letakkan rempah. Masa masak sotong jangan lupa tutup dengan tudung periuk.

https://www.facebook.com/jue.eha/videos/pcb.1750839784941080/1750838678274524/?type=3&theater

Tips bakar ikan :

1. Letak dahulu rempah di atas daun pisang dan baru letakkan rempah. Kemudian letak lagi rempah di atas ikan seperti dalam gambar dan tutup dengan tudung periuk.

https://www.facebook.com/jue.eha/videos/pcb.1750839784941080/1750838708274521/?type=3&theater

Sumber : Julaiha Omar

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x