Bahan-bahan:
500 gram ayam
10 ulas bawang merah
2 hiris lengkuas
2 inci halia
1 mangkuk kelapa parut
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 keping asam
4 cawan santan pekat
setengah cawan pes cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula
dan minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
- Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
- Panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Goreng sebentar sahaja dan tidak perlu garing. Kemudian asingkan dan tos minyaknya.
- Kisar hingga lumat halia, lengkuas, bawang merah yang dipotong kasar dan serbuk kunyit bersama sedikit air.
- Tumbuk kelapa parut hingga hancur sedikit.
- Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar tadi, serai, asam keping, pes cili, daun kunyit yang dicarik-carikkan dan kelapa parut yang ditumbuk tadi.
- Kacau hingga sebati dan panaskan kuali. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.
- Masukkan ayam, gula, dan garam. Kacau lagi hingga sebati.
- Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala hingga kuah kering dan pecah minyak. Proses ini mengambil masa yang agak lama.