Sekarang ini sudah menjadi satu trend di mana ramai yang menggunakan Air Fryer untuk masakan. Kerana, teknik Air Fryer ini dijamin sihat (tidak menggunakan minyak) dan jimat masa. Siapa yang tak suka kan? Lebih lebih lagi, apabila memasak masakan Ayam Panggang. Semua suka dan akan terliur. Lagi sedap dimakan dengan sos Thai homemade. Nyum! Bila guna Air Fryer ini, tak payah risau sangat. Hasilnya, ayam masih rasa berjus, tidak kering dan confirm lembut!
Terima kasih Eiza Muhaizah untuk perkongsian resipi Ayam Panggang ini 🙂
Bahan untuk perapan ayam:
Bawang merah
Bawang putih
Biji ketumbar
Sos tiram
Garam
Madu
Cara membuat:
- Kisar semua bahan dan perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam. Lebih lama perapan lebih sedap.
- Masak ayam dengan suhu 160 selama 20 minit. 10 minit terakhir terbalik kan ayam dan naik kan suhu kepada 180.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Eiza Muhaizah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/