Alahai senang je nak buat air tembikai susu ni. Guna je Saji Krimer Manis Tembikai Susu ni, confirm sedap dan menyegarkan. Resepi ini boleh dibuat untuk hidangan 4 orang makan. Memang best dan seronok sambil luang masa bersama keluarga.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
1/2 tin (380 g) krimer manis Susu Tembikai
2 cawan air
1 cawan ais kiub
1 keping honeydew, dikupas dan dipotong menjadi kiub kecil
1 cawan agar-agar hijau kosong (jeli), parut
Cara Membuat:
- Tuangkan Saji Tembikai Susu ke dalam jag.
- Masukkan air dan kacau hingga sebati.
- Masukkan kiub ais dan teruskan kacau.
- Akhir sekali masukkan tembikai susu dan agar-agar.
Bahan untuk agar-agar:
2 cawan air
5 g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
4 titik pewarna makanan hijau
Cara membuat:
- Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana larut.
- Masukkan pewarna hijau dan kacau.
- Tuang ke dalam dulang pembakar. Sejukkan. Apabila sudah sedia, parut agar-agar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity