Kalau disebut hidangan Kek Coklat Moist ini, Admin pasti ramai yang sudah pernah cuba untuk buat. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan teknik mengukus ini. Bila cara kukus ini, memang Kek akan menjadi lembut. Tak percaya, jom cuba!
Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kek Coklat Mpist ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya: Campur semua dalam blender. Blend lebih kurang 3-5 minit.Â
Bahan-bahan lain:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko
Caranya:
- Ayak ketiga-tiga bahan di atas.
- Tuang bahan yang telah dikisar tadi, sedikit demi sedikit sambil kacau. Boleh guna whisk untuk kacau adunan.
- Kacau sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.
- Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
- Kukus selama 40-45 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos