fbpx

Resepi Apam Lempeng, Lagi Sedap Dicicah Dengan Sambal Bilis!

iCookAsia

Kadang-kadang mesti buntu kan nak masak apa untuk sarapan pagi ataupun bila tiba-tiba rasa lapar? Tak perlu risau dah sebab Admin nak share dengan korang semua satu resipi yang sangat sesuai untuk sarapan. Sedap pulak tu. Boleh dicicah dengan sambal bilis, kari atau kelapa parut je. Nak sapu dengan butter atau madu pun boleh. Terliur kan?

Jom Admin tunjuk.

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Apam Lempeng ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

Secubit garam

5 sudu besar gula

1 sudu besar yis

2 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas yang sama. Pastikan suhu air hanya suhu bilik sahaja. Tidak perlu guna air panas atau air sejuk.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.
  3. Bila dah sebati semua bahan, perap selama 15 atau 20 minit sahaja.
  4. Selepas perap, jika kelihatan elok berbuih, itu bermakna yis yang digunakan hidup.
  5. Sapukan marjerin pada kuali, memang wangi bau lempeng Apam nanti.
  6.  Seterusnya, letakkan satu senduk adunan perapan tadi atas kuali yang panas.
  7. Bila sebelah atas sudah elok kering, boleh terbalikkan. Dah boleh hidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x