fbpx

Resepi Apam Mekar Yang Mudah Dan Comel-Comel Warnanya!

iCookAsia

Kalau anda biasa ke gerai tepi jalan yang menjual kuih muih, pasti kuih Apam Mekar ni ada kan? Murah dan sedap. Sesuai juga untuk bagi makan pada anak anak. Dan warna yang biasa kita nampak dijual adalah warna merah jambu, hijau, putih dan kuning. Betul tak?

Tapi berlainan dengan seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat Apam Mekar menjadi lebih menarik dengan warna warni. Dah la senang sangat nak buat, comel pula tu. 

Terima kasih mamalynbakery untuk perkongsian resipi Apam Mekar ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji telur Gred A

1 sudu kecil penuh ovalette

100g gula kastor

Secubit garam

90g air ais krim soda

130g tepung gandum

Esen vanila

Pewarna kegemaran

Cara membuat:

  1. Masukkan telur, ovallate, gula, garam dan esen vanilla ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul guna kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan air ais krim soda dan putar lagi. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna kegemaran.
  5. Guna acuan lompang dan susun cawan kertas di dalamnya.
  6. Kemudian sudukan atau paipkan adunan guna piping bag ke dalam cawan kertas.
  7. Panaskan air kukusan hingga mendidih. Kukus apam guna api besar selama 8-10 minit.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: mamalynbakery (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x