fbpx

Resepi Asam Laksa Cina, Sedap Dengan Rasa Masam, Manis Dan Pedas. Cuba Tau!

iCookAsia

Kebiasaannya ramai makan Laksa Penang kan? Boleh lah cuba Asam Laksa Cina pula selepas ini. Rasa nya lain dengan kuah laksa penang walaupun mempunyai rupa yang sama. Tapi mesti sedap ni. Guna sahaja resepi ini kalau nak buat.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ben Safwan perkongsian resipi Asam Laksa Cina ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

3 liter air

1 kg ikan sardin/kembung/selayang

1 tin sardin Ayam Brand (425 g, tidak perlu ambil kuahnya)

5 senduk cili kisar

3 sudu besar asam jawa

8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12 hingga 13 keping )

5 tangkai daun kesum

3 batang bunga kantan

2 tangkai daun pudina

Gula melaka/gula merah hancur secukupnya

Garam dan serbuk perasa

1/2 botol petis udang (Optional)

Bahan B (Untuk Kisar):

100 g bawang merah besar India

25 g belacan

13 tangkai cili padi hijau

1 batang serai saiz sederhana

300 g nanas

1/2 inci kunyit hidup

1/2 inci lengkuas

Bahan C (Ulam Asam Laksa Cina):

Daun salad

Bawang merah besar India

Asam limau kasturi

Telur rebus

Timun

Cili Padi

Daun Pudina

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus ikan. Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.
  2. Kisar bahan B dan hiris ulam-ulaman. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.
  3. Apabila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
  4. Kemudian, dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, daun pudina.
  5. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20 hingga 30 minit untuk kuah mendidih.
  6. Seterusnya, tambah gula melaka hancur, garam serta serbuk perasa.
  7. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam dan pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
  8. Apabila sudah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua.
  9. Akhir sekali, boleh hidangkan dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x