Peminat asam pedas mesti suka resepi yang Admin nak kongsikan hari ini. Hidangan ini sangat mudah nak buat dan makan mesti berpinggan-pinggan. Simple tapi sedap. Dengan rasa kuah yang cukup rasa menjadikan hidangan ini lebih menarik.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Farhana Ismail perkongsian resipi Asam Pedas Ikan Pari ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Ikan pari
Bunga Kantan
Daun Kesum
Tomato
Bahan B (Untuk Kisar):
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
Belacan
Halia
Lengkuas
2 batang Serai (dititik)
5 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh lebihkan)Â
Air asam jawa
Garam dan gula
Cara membuat:
- Pertama sekali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar.
- Masukkan serai dititik dan tumis sampai pecah minyak.
- Kemudian, tambah air asam jawa dan tambah air ikut kepekatan yang kita nak.
- Biarkan ia didih dan masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan kalau ada.
- Akhir sekali, perasakan garam dan gula. Jika semua sudah ada rasa yang okay, masukkan tomato dan matikan api. Boleh dihidangkan.
Nak tambah bendi pun boleh.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Farhana Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity