fbpx

Resepi Ayam Buttermilk. Nampak Simple Tapi Sekali Makan, Mesti Nak Lagi

iCookAsia

Kalau buat Ayam Buttermilk pun sedap juga untuk tengahari. Dengan rasa nya yang sangat creamy memang tak cukup makan nasi satu pinggan sahaja. Nak buat pun mudah sahaja dan jimat masa anda di dapur hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Q Aini perkongsian resipi Ayam Buttermilk ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Ayam bahagian dada

Susu cair

Bawang putih (hiris halus, tidak guna bawang besar)

Butter

Daun kari

Cili padi

Bahan B (Tepung Salutan Ayam):

2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari

1 biji telur

Sedikit garam

Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
  2. Masukkan telur dan garam ke dalam mangkuk serta masukkan ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung serbaguna bestari yang pedas dan letakkan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara membuat (Ayam Buttermilk):

  1. Mula-mula, dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. Kalau taknak pedas, tidak perlu letak cili.
  2. Masukkan susu cair.
  3. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi.
  4. Akhir sekali, masak sehingga kuah sedikit pekat. Letak garam dan gula secukupnya. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Q Aini(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x