Siapa sahaja yang tidak suka hidangan Ayam Goreng kan? Lebih menyelerakan bila buat Ayam Goreng Berempah. Puas sangat makan dengan Nasi putih panas-panas dan lauk sampingan sayur-sayuran yang lain. Lagi best bila serdak-serdak Ayam Goreng tu ada banyak. Kalau di kedai tu, mesti kita nak ambil bahagian itu kan? Itu yang buat sedap!
Kalau anda biasa buat Ayam Goreng Kunyit biasa je, boleh cuba resepi ini tau! Confirm orang-orang di rumah suka.
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah ini 🙂
Bahan-bahan:
Ayam 4- 8 ketul
4 ulas Bawang putih
2 inci Halia
6 batang Serai
1 biji Telur
1 sudu besar Serbuk kari
1 sudu besar Serbuk cili
1 sudu teh Serbuk kunyit
Garam secukupnya
2 sudu besar Tepung jagung
Cara memasak:
1. Masukkan bawang putih, halia dan serai dalam pengisar. Serai tu potong pendek pendek. Masukkan telur sebiji. Jangan campur air tau.
2. Bahan kisar: serbuk cili, serbuk kari, garam dan serbuk kunyit. Gaul semua bahan rata dan letakkan sekali tepung jagung. Perapkan adunan sekurang kurangnya 2 jam.
*Boleh juga perap dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap.
3. Panaskan minyak, goreng dalam api yang kecil (serbuk semua tu gorengkan sekali). Goreng sampai kekuningan atau ayam masak.
*Serdak tadi pun toskan sekali. Ini yang paling mahal sekali. Menjadi rebutan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos