fbpx

Resepi Ayam Kicap yang Mudah Dan Sedap. Sekali Suap, Fuh Mesti Nak Lagi

iCookAsia

Lauk yang berasaskan ayam akan jadi sedap dan berselera nak makan. Apatah lagi dimakan dengan nasi panas. Lagi best kalau disajikan dengan hidangan Ayam Kicap. Memang sedap tak terkata rasanya.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

300 gram ayam (dipotong kecil)

4 ulas bawang putih

1 inci halia

4 biji bird’s eye chili

1 labu bawang besar

4 gelas air

1 batang serai

2 sudu minyak untuk menumis

4 sudu kicap

Sedikit garam

Sedikit air asam jawa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, hiris halus halia dan 2 ulas bawang putih.
  2. Kemudian, masukkan ayam ke dalam periuk, diikuti dengan air, halia, bawang putih dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Apabila ayam masak, asingkan isinya.
  4. Tumis 2 biji  bawang putih yang telah diketuk hingga kuning, masukkan isi ayam, diikuti dengan bawang besar, bird’s eye chilli yang dibelah dua dan serai yang telah diketuk. Kacau hingga kering
  5. Seterusnya, masukkan kicap dan kacau hingga sebati. Selepas itu, masukkan air asam jawa. 
  6. Akhir sekali, masukkan air rebusan ayam. Biarkan mendidih kira-kira 5 minit dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x