Mesti tahu kan hidangan Ayam Masak Kurma? Lagi pekat kuah nya, lagi berselera nak makan. Bukan boleh makan dengan nasi panas sahaja, nak cicah dengan roti atau lempeng pun boleh. Nanti boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh wanita ini.
Mesti tak sabar kan? Jom kita try.
Terima kasih untuk Umi Watie perkongsian resipi Ayam Masak Kurma ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Tumis):
Bawang merah
Bawang putih
Halia
4 sekawan
1 1/2 serbuk kurma
Bahan B:
Daun bawang
Daun ketumbar
Kacang badam
Bahan C:
Pes asam jawa
Kentang
Lobak merah
1/4 cawan santan
Cili hijau
Bawang yang dipotong
Tomato
Garam
Gula
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar dan bahan A yang lain dalam kuali.
- Apabila bahan tumis sudah wangi dan garing, masukkan serbuk kurma pilihan masing-masing.
- Kemudian, kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Hidangan akan jadi lebih wangi dan pekat.
- Apabila bahan tumisan sebentar tadi sudah naik minyak, masukkan kesemua bahan B yang telah dikisar.
- Gaulkan rata dan biarkan bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Letakkan ayam 1/2 ekor.
- Seterusnya, kacau-kacaukan. Biarkan ayam sekejap supaya kering air ayam tadi dan baru masukkan lebih kurang 2 cawan air.
- Masukkan pes asam jawa supaya kuah ada rasa masam-masam manja.
- Masukkan kentang.
- Masukkan lobak merah.
- Apabila ayam, kentang dan lobak sudah empuk, masukkan santan.
- Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
- Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity