fbpx

Resepi Ayam Masak Merah Untuk Orang Yang Sentiasa Sibuk Atau Bujang. Sedapnya…

iCookAsia

Sering kali kita ingat hidangan Ayam Masak Merah ni macam susah kan nak masak? Tapi sebenarnya sangatlah mudah. Jom hari ini Admin kongsikan cara memasak Ayam Masak Merah daripada seorang pengguna Facebook ini. Katanya khusus buat para ibu yang sentiasa sibuk. 

Tapi Admin rasa sesuai juga buat orang bujang. Hehe… Jom masak!

Terima kasih Asiah Fairoz untuk perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam (digoreng separuh masak)

Bawang merah dan bawang putih

Tomato

Serai

Cili giling

Ajinomoto 

Sos tomato dan Sos cili

4 sekawan

Halia

Cara memasak:

  1. Kisar bawang, tomato dan cili giling sekali.
  2. Tuangkan sos cili serta sos tomato dalam hasil bahan kisar tadi.
  3. Kemudian goreng ayam separuh masak dan tumis dengan 4 sekawan dan serai yang sudah diketuk.
  4. Masukkan bahan kisar, halia dan bawang putih sekali. Gaul hingga rata. Bila naik bau, masukkan bahan yang dikisar tadi.
  5. Anggaran dalam 10 minit, masukkan ayam yang telah digoreng. Kemudian masukkan secubit ajinomoto.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang dan gaul dalam 10 minit.

*Resepi ni sesuai untuk orang yang tak tahan pedas yang kuat. Ini rasa pedas sederhana.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asiah Fairoz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x