Thailand mempunyai berbagai resepi yang menyelerakan. Kali ini, admin ingin berkongsi dengan pembaca, Resepi Ayam Padphrek. Resepinya seakan paprik yang menggunakan daun limau purut, namun cara masak dan rasanya berbeza. Terima kasih kepada saudari Nor Ashikin yang berkongsi resepi ini. Resepi ini merupakan resepi dari ibundanya yang memang merupakan warga Thailan yang menetap di Malaysia. Selamat mencuba!
RESEPI AYAM PADPHEK
BAHAN BLEND
Kunyit Hidup – 3
Bawang Merah – 4 Biji
Bawang Putih – 4 Biji
Serai – 2 Batang
Daun Limau Purut – 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut – 3 Helai ( Potong )
Lada kering – 1 Biji
Cili api – 5
Halia
Belacan
Asam keping – 1 ( Masa Tumis )
BAHAN PERAP
Ayam
Kunyit
CARA-CARA
- Goreng ayam sederhana masak, angkat dan asingkan.
- Panaskan minyak (minyak lebih lagi sedap), masukkan bahan-bahan blend dan tumis sampai wangi.
- Masukkan ayam yang digoreng separuh masak, kemudian masukkan daun limau purut, perasakan, tumis sampai layu. Siap.
Resepi ini juga boleh digunakan untuk memasak bahan mentah lain seperti ikan, udang, dan sotong.
Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, sila layari https://shop.icookasia.com/