Sedap kan kalau dapat makan Ayam Percik? Kebiasaannya akan jumpa dijual sewaktu bulan puasa. Kali ini, anda boleh buat sendiri sahaja tau. Sedap dan memang puas hati lah dapat makan. Admin nak kongsikan resepi Ayam Percik versi Kelantan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Elvianna El-Zahra perkongsian resipi Ayam Percik Kelantan ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
 1 ekor ayam (Dipotong 4)
Bahan B (Untuk Perap):
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Perasa
Cara membuat:
- Kisar kering semua bahan di atas dan perapkan bersama ayam selama 30 minit.
Bahan C (Sos Percik):
Bahan 1:
5 biji bawang merah
2 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar cili kisar atau 5 tangkai cili kering (Kalau nak pedas boleh tambah lagi)
500 ml santan pekat
Bahan 2:
1/2 cawan gula kabung (nak manis boleh letak lebih gula kabung)
3 keping asam keping (keluarkan dari kuah jika sudah masam)
Perasa (garam gula secukup rasa)
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar bahan tadi.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk atau pan dengan api sederhana.
- Masukkan gula kabung dan asam keping, kacau hingga kuah menjadi pekat.
- Kemudian, masukkan perasa secukup rasa.
- Masukkan ayam yang di perap tadi di dalam kuah percik tadi, balik-balikkan ayam dan biarkan ayam hingga suku masak.
- Keluarkan ayam dan bakar tanpa minyak di dalam pan atau kuali. Bakar hingga nampak ayam garing sedikit.
- Apabila ayam sudah nampak garing boleh letak ayam dalam pan, tuang sos atas ayam, dan bakar dalam oven atau air fryer pada suhu 180 selama 15 hingga 20 minit.
- Sementara itu, masak semula sos percik tadi dalam 5 minit.
- Akhir sekali, apabila sudah siap bakar, boleh tuang lagi sos percik atas ayam tadi dan boleh cicah ayam dengan lebihan sos percik tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Elvianna El-Zahra(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity