Macam bosan sahaja asyik makan ketupat dan rendang musin-musim raya ni. Apa kata kita tukar selera dengan menu Bebola Nasi & Ayam Dendeng. Memang lain dari yang tau, lagi-lagi dengan menggunakan Ayam Kampung Ladang’57. Jom cuba resepi ini!
Bahan Nasi
3 cawan Beras Wangi Horeca, dibersihkan & tus
41β2 cawan air
2 sudu kecil garam
1β2 cawan mayonis
11β2 sudu besar minyak
1β4 cawan hirisan daun bawang
1β4 cili benggala merah, dikiub kecil
1β4 cawan lobak merah, dikiub kecil
Bahan Ayam
1β4 cawan minyak
3 sudu besar cili kisar
1 batang serai, dititik
1 ekor Ayam Kampung Ladangβ57, dipotong 12
5 helai daun limau purut
6 biji kurma (biji saja, untuk empukkan ayam)
1β4 cawan air asam jawa
1β4 cawan kicap manis
2 sudu besar gula Melaka
2 sudu besar kerisik
1β2 cawan bawang goreng, ditumbuk lumat
Air, garam secukupnya
Bahan Kisar
1 inci halia
2 labu bawang besar
1 batang serai
4 ulas bawang putih
Cara Membuat
1. Untuk ayam: Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan serai, masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan Ayam Kampung Ladangβ57. Kacau sekali-sekala.
4. Tambah air, daun limau purut dan biji kurma.
5. Apabila mendidih, perlahan api dan tutup kuali.
6. Masak selama 40 minit atau sehingga ayam empuk.
7. Tambah air asam jawa, kicap, gula Melaka, kerisik dan bawang goreng.
8. Apabila pekat, tambah garam secukupnya.
9. Untuk nasi: Masak Beras Wangi Horeca, air dan garam.
10.Semasa nasi masih panas, gaul, mayonis dan minyak. Bahagikan 3.
11. Untuk setiap bahagia, gaul dengan daun bawang, cili benggala dan lobak merah.
12.Bentukkan menjadi bebola. Sajikan dengan ayam.
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/