fbpx

Resepi Bihun Sup, Ditambah Dengan Sambal Kicap Yang Padu!

iCookAsia

Kalau anda masih ada daging korban dalam peti, apa kata cuba resipi ni, Bihun Sup. Bukan itu sahaja, kalau tak nak guna bihun, boleh sahaja guna kuey teow. Rasa masih sama dan sedap, dengan adanya kombinasi bersama sambal kicap yang terasa kelazatannya.

Jom kita try.

Terima kasih Mak Su untuk perkongsian resipi Bihun Sup ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan (Untuk Kuah Sup):

1/2 kg daging atau ayam

1 sup bunjut

2 inci halia dihiris

2 batang serai (dititik)

1 paket rempah sup

1 labu bawang putih

6 ulas bawang merah

Bahan (Untuk Perisa):

Ajinomoto

Cukup rasa

Garam

Gula

Cara penyediaan:

1.Pertama sekali, rebus daging atau ayam bersama sup bunjut. Biarkan sehingga empuk.

2.Tumis semua bahan di atas sehingga naik bau dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih.

3.Masukan bahan perisa ajinomoto, cukup rasa maggi, garam dan gula. Boleh rasa kuah yang sesuai dengan selera anda dan boleh tutup api.

Cara penyediaan (Untuk Bihun atau Kuey Teow):

1 paket bihun (Direbus)

2 paket kuey teow (Dicelur)

Bahan (Untuk Sambal Kicap):

10 biji cili api

5 biji cabai besar

5 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

Kicap manis dituang sehingga separuh dari bahan yang didalam pengisar

Cara penyediaan:

1.Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.

2.Hidangkan dan jika anda suka boleh perah limau nipis untuk rasa yang lebih padu.

Bahan-bahan lain untuk dihidangkan bersama:

Taugeh (Direndam air panas buat seketika)

Daging dihiris nipis, kalau ayam boleh cubit-cubit isinya.

Daun bawang dan daun sup

Bawang goreng

Cili potong jika anda suka pedas

Sambal kicap

Fishcake yang sudah digoreng

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mak Su(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x