Siapa yang suka makan sup? Hari ini Admin nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan nak buat pun cepat sahaja iaitu Bihun Sup Pama. Dengar pun dah tahu telan air liur ni. Dengan segala bahan yang diletakkan dalam sup ni. Confirm sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Hayati Saidin perkongsian resipi Bihun Sup ini 🙂
Bahan-bahan:
3 keping bihun pama (bukan bihun pama yang segera tapi bihun yang ada cap pama)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Sekeping dada ayam (potong kecil-kecil nipis)
Sekeping fish cake (potong nipis)
6 biji fish ball (belah dua)
Satu sudu besar lada putih
Setengah kiub pati ayam maggi
Satu sudu kecil serbuk maggi secukup rasa
Garam.
Daun sup daun bawang (potong nipis)
Cara Membuat:
- Mula-mula, panaskan dua sudu besar minyak kelapa.
- Tumis bawang putih. Apabila sudah agak kekuningan, masukkan ayam, fish ball, fish cake dan kacau sebati.
- Masuk air mengikut kadar kuah yang diinginkan. Bagi lebih kuah pun tidak apa sebab nanti bila kita masukkan bihun, bihun kembang nanti kuah kering.
- Apabila sudah mendidih air tadi, masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk maggi secukup rasa dan lada putih.
- Dalam 5 minit, masukkan bihun dan basuh bihun itu.
- Masukkan bihun, kacau rata-rata. Apabila bihun sudah lembut, perasakan dengan garam, lada dan tutup api.
- Taburkan daun sup dan daun bawang.
- Untuk sediakan sambal kicap, potong cilia pi, perahkan limau nipis dan masukkan kicap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hayati Saidin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity