fbpx

Resepi Bihun Sup Utara. Ini Baru Betul Padu Rasanya Dengan Ada Sup Tulang!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Bihun Sup kan? Kali ini, Admin nak kongsikan dengan anda semua satu resepi Bihun Sup Utara yang memang sedap dan mantap rasanya. Bukan itu sahaja, menu ini menggunakan sup tulang tau. Kegemaran ramai orang ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zaini Talib perkongsian resipi Bihun Sup Utara ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 paket bihun

1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

Cara membuat:

  1. Rebus bihun dalam air yang mendidih dan ditambah dengan serbuk kunyit tadi.
  2. Apabila sudah agak-agak lembut, terus bilaskan bihun tersebut dengan air paip. Tapiskan.

Bahan B (Sup Tulang):

1 kg tulang (dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap)

2 batang serai (ketuk)

Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci (diketuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

4 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)

1 batang kulit kayu manis

Setengah sudu kecil bunga cengkih (ditumbuk kasar)

Setengah sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)

3 bunga lawang

4 biji buah pelaga

Sedikit batang daun sup

Air secukupnya (menutupi daging, kalau lagi banyak air lebihkan bahan sup di atas)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan-bahan di dalam periuk.
  2. Kemudian, rebus sehingga empuk dan masukkan garam atau perasa jika suka
  3. Selepas sup sudah masak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau taknak buat pun tidak apa.

Bahan C (Cabai Merah):

Cili kering (Yang telah siap dikisar atau ciliboh atau cili yang siap dikisar)

Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil (ditumbuk)

Asam keping atau air asam jawa atau cuka

Garam

Gula

Cara membuat:

  1. Tumis bawang dan masukkan cili. Masak sampai pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka serta garam dan gula.
  3. Seterusnya, boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

Bahan Sampingan (Untuk Dimakan bersama Bihun):

Daun bawang

Daun sup

Lobak masin

Bawang goreng

Tauhu digoreng

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaini Talib(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x