fbpx

Resepi Bingka Pandan Gebu Gebas. Hujung Kuih Itu Yang Buat Crunchy!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu kuih Bingka Pandan ini kan? Ada yang cuba dengan teknik membakar dan ada yang cuba menggunakan Air Fryer. 

Kalau anda baru lagi untuk mencuba Bingka Pandan ini, boleh lah cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Memang sangat mudah! Jom cuba!

Terima kasih Humairah Al-Hamra untuk perkongsian resipi Bingka Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan

1 cawan air pandan

1 cawan gula

2 sudu besar butter cair atau minyak 

1/2 sudu kecil garam

3 biji telur

Bijan untuk taburan

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan kecuali bijan. Kemudian tapis adunan tersebut. 
  2. Bakar pada suhu 180 celcius selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing) hingga masak dan keperangan. 
  3. Tabur bijan pada 5 minit pertama. Sejukkan dulu, baru potong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Humairah Al-Hamra (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x