fbpx

Resepi Biskut Hazelnut Coklat Buat Kudap-kudap Depan TV

iCookAsia

Walaupun bukan musim Raya, tapi kalau dapat Biskut Hazelnut ni untuk kunyah-kunyah pun layan juga kan 😋

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozmaliza Omar atas perkongsian resipi Biskut Hazelnut Coklat ini 😊

Resepi biskut hazelnut

Bahan-bahan:
250g mentega
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula kastor (sy letak 3/4 cwn)
1 biji kuning telur
60 gm hazelnut (dikisar)
1 sudu teh esen vanila

Untuk sapuan:
1 biji kuning telur + setitik warna kuning
Hazelnut mesin

Cara-cara:
1. Putar mentega dan gula kastor hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila putar lagi.
2. Masukkan kedua-dua jenis tepung sedikit demi sedikit dan hazelnut kisar. Gaul hingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan.
3. Terap dgn acuan sapu kuning telur dan tabur hazelnut kisar atas biskut.
4. Bakar pada suhu 170c selama 20 minit. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas udara.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x