fbpx

Resepi Biskut Kelapa Nestum Yang Pernah Dibuat Jualan. Jualan Laku, Confirm Sedap Ni!

iCookAsia

Raya beberapa hari sahaja tinggal. Sudah membuat persiapan anda sendiri? Mungkin ada yang tiada semangat untuk beraya kerana seperti mana yang kita tahu, kerajaan telah mengumumkan tempoh PKP sehingga Hari Raya. 

Jangn bersedih. Mari kita manfaatkan hari-hari yang anda dan jadikan ianya sebagai memori beraya pada musim PKP. Haa, disini Admin kongsikan cara untuk menaikkan mood raya iaitu dengan membuat kuih raya. Kalau anda sudah mahir buat kuih-kuih raya yang terkenal dan biasa di buat orang, jom Admin kongsikan satu kuih raya yang jarang dibuat orang tetapi rasa nya begitu sedap. 

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Biskut Kelapa Nestum ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan butter atau marjerin

1/2 cawan gula halus (boleh lebihkan jika nak lebih manis)

Sedikit esen vanilla

3/4 cawan nestum

1/2 cawan kelapa kering

1/2 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum 

Sedikit baking powder (diayak)

1 biji telur kuning (putih telur boleh disapu pada atas biskut nanti) 

Cherry sebagai hiasan

Cara membuat:

  1. Mix marjerin dan gula hingga putih. Pakai senduk je. 
  2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi seketika.
  3. Masuk nestum dan kelapa. Gaul rata kemudian masukkn tepung sedikit demi sedikit. Uli lembut dan terap.
  4. Bakar dalam 25 minit, api bawah 160 atas 145 (suhu oven ikut kepada jenis oven masing-masing).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x