fbpx

Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan, Memang Terasa Keenakan Dessert Ni!

iCookAsia

Mesti ramai suka makan Browies kan? Hari ini Admin nak kongsikan satu resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan, senang lah anda semua nak buat lepas ini. Buat untuk makan petang pun sesuai, yang penting, rasa yang sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Suriani Ilias perkongsian resipi Brownies Kedut Sukatan Cawan ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1/2 cawan butter

1 cawan dark/milk chocolate Beryl’s

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
  2. Jika chocolate sudah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan B:

1 cawan gula perang

2 biji telur Gred A

Cara membuat:

  1. Pukul semua bahan hingga sebati dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja.
  2. Tidak perlu hingga kembang. Boleh guna whisk atau senduk, tidak perlu guna mixer.

Bahan C:

1 cawan tepung gandum

1/4 sudu kecil baking powder

2 sudu besar serbuk koko

Secubit garam

Ayak semua bahan

Cara membuat:

  1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati dengan menggunakan whisk. Nanti akan jadi likat.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. Penting untuk cuma kaup balik bagi sekata sahaja, jangan terlebih kacau.
  3. Sapukan butter pada loyang 8″x8″. Alas dengan baking paper atau parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
  4. Akhir sekali, bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Kalau oven kecil, ia sudah memadai bakar selama 30 minit pada 150c. Apabila sudah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ini baru kedut akan terbentuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suriani Ilias(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x