Ada tak peminat brownies fudgy kat sini? Min nak share tips macam mana nak bagi brownies korang fudgy moist-moist gitu. Yang penting, menggunakan Air-Fryer je, sangat mudah!
Terima kasih Umie Salmah untuk perkongsian resipi Brownies Fudgy ini 🙂
Bahan-bahan (adunan untuk loyang 6”)
Bahan A
75gm gula kastor (campur dengan brown sugar untuk rasa fudgy)
1 biji telur gred A
Bahan B
85gm dark choc Beryls coin
43gm pure salted butter
13gm serbuk koko
1/2 tbsp nescafe
Bahan C
50gm tepung gandum
1/2 tbsp baking powder
Cara membuat:
- Satukan bahan A dan ketepikan.
- Double boil bahan B dan masukkan bahan A setelah adunan bahan B masih panas dan kacau sehingga rata.
- Masukkn bahan C kedalam adunan coklat tadi dan kacau sehingga rata (tak perlu pakai mixer, kacau sekadar adunan bercampur sekata). Masukkan dalam loyang.
- Panaskan air fryer 10min / suhu 200 dan turunkan suhu pada 140 dan bakar selama 30 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umie Salmah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos