fbpx

Resepi Bubur Lambuk Terengganu, Menu Wajib Buat Bulan Puasa

iCookAsia

Tiba je bulan puasa, mesti sesi agihan Bubur Lambuk akan dimulakan. Kalau buat sendiri dekat rumah lagi puas hati. Dengan bahan-bahan yang digunakan, betul jadi penambah perasa untuk hidangan ini. 

Jom try.

Terima kasih Nor Khomariah Norrohman untuk perkongsian resipi Resepi Bubur Lambuk Terengganu ini 🙂

Bahan- bahan:
Beras
Santan atau air (Secukupnya, nak sedap berlemak letak santan)
Ikan selayang (Rebus atau panggang)
Bawang merah
Lada hitam
Daun kayu, pucuk midin, daun kaduk,  cekop manis,  daun ulat bulu,  daun kesum,  pucuk ubi dan lain-lain yang boleh masak sekali
Budu (Optional)
Garam dan perasa
3 sudu besar kerisik
Keledek oren

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus beras sampai empuk,  jika beras sudah empuk dan bertukar jadi bubur masukkan santan atau air, terpulang nak pekat mcm mana. Boleh juga rebus beras tidak hancur sangat.
  2. Kemudian, masukkan ubi atau keledek.
  3. Tumbuk lada hitam dan bawang sehingga lumat. 
  4. Seterusnya, asingkan isi ikan dan tulang dan tumbuk ikan tadi sampai hancur. 
  5. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk dan kacau rata.
  6. Masukkan kerisik serta masukkan budu,  garam dan perasa secukupnya.
  7. Akhir sekali, masukkan sayuran, kalau nampak pekat sangat boleh tambah air.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Khomariah Norrohman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x