Bila sebut hidangan bubur ni, mesti ingat untuk orang sakit sahaja kan? Tapi sebenarnya ada juga di kalangan kita yang gemar makan bubur pada hari-hari biasa. Orang putih kata, comfort food bila tak tahu nak makan apa.
Kalau anda pernah rasa bubur di kedai Marrybrown dan teringin nak masak bubur yang rasanya sebiji. Jom ikut cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini.
Terima kasih Firda Ashaary untuk perkongsian resipi Bubur Nasi Ala Marrybrown ini 🙂
Bahan utama:
1 cawan beras
*Rebus secawan beras dalam periuk berasingan sehingga sedikit kembang. Letak sahaja air banyak pun tak apa, sebab nak rebus beras sahaja.
*Kalau suka bubur nasi yang berasnya hancur macam bubur lambuk tu, rebus lama sikit sampai betul-betul kembang.
Bahan untuk tumis:
Bawang putih/bawang merah (dicincang)
Lobak merah (dicincang)
Sedikit Halia (hiris panjang)
Ayam (potong dadu)
3 sekawan (bunga lawang/cengkih/kulit kayu manis)
1 tangkai Daun sup
*kuantiti bahan ni ikut kesesuaian berapa banyak beras anda rebus tadi.
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
- Apabila sudah garing sikit bawang tu, masukkan ayam dan lobak merah tadi. Dah boleh masukkan juga bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis.
*Kalau nak gantikan dengan udang atau daging pun boleh. Sedap juga. Ikut citarasa anda.
- Kacau sekejap dan tambahlah garam bersama secubit ajinomoto. Masukkan daun sup sekali dengan batangnya. Potong halus pun boleh, kasar pun tak apa. Kita nak ambik bau dia sahaja.
- Tuanglah nasi dah rebus tadi ke dalam periuk yang kita tumis. Kemudian kacau lagi. Boleh tambah air kalau nak lebih bersup. Kalau suka pekat, tak perlu tambah. Ikut resepi asal, kebiasaannya ditambah 1 cawan air.
- Biarkan mendidih sekejap. Dah boleh tutup api.
- Hiaslah dengan taburan bawang goreng atau daun bawang. Nak tabur ikan bilis atau nak tabur chili flakes pun boleh. Ikut suka anda.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Firda Ashaary (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos