fbpx

Resepi Buko Pandan Dari Filipina. Sedap Yang Amat Bila Hirup Hidangan Ni. Resepi Wajib Untuk Anda Cuba.

iCookAsia

Hidangan Buko Pandan ini semakin dikenali ramai walaupun ianya pencuci mulut daripada Filipina. Rasa seperti Aiskrim yang lemak berkrim ini mampu menyejukkan tekak anda pada musim panas ini. 

Haa, kalau anda tak pernah cuba pencuci mulut ini, inilah masanya. Cuba, jangan tak cuba!

Terima kasih Putri Bungsu untuk perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

500ml air kelapa @ 1 biji kelapa ambil isinya

2 sudu besar gula (manis buah, nak manis tambah  gula lagi)

10 gram agar-agar serbuk warna hijau (1 pax kecil)

1 sudu kecil coconut Pandan Emulco (da tak perlu daun pandan, senang)

1 cawan sagu mata ikan @ biji sagu

250ml Whipping cream non diary

1/3 cawan susu pekat manis

1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa

Ais

Cara penyediaan:

  1. Seperti buat agar-agar, satukan air kelapa, serbuk agar-agar, gula dan pewarna di dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan sehingga likat dan mendidih. Kemudian masukkan didalam bekas yang bersesuaian biarkan sejuk dan membeku. Kemudian potong dadu.
  2. Seterusnya didalam periuk yang lain didihkan air dan masukkan sagu mata ikan kacau – kacau perlahan, masak sehingga warna putih menjadi jernih, cuci dengan air paip dan toskan sagu tersebut. Ketepikan untuk step seterusnya.
  3. Didalam bekas lain, mix whipping cream seketika, tak perlu sampai kembang atau lama, kemudian masukkan susu, dan mix lagi hingga sebati, siap. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang lebih besar. Satukan bahan-bahan iaitu agar-agar yang dipotong dadu (saya guna separuh je agar-agar) sagu, nata de coco, dan isi kelapa, kacau sebati semua bahan.

*Nak makan, masuk dalam mangkuk lain tambah ais. Nak satukan ais dalam bekas yang sama pun boleh, tetapi nanti rasanya berubah atau jadi tawar. Jadi terpulang nak buat macam mana. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Putri Bungsu (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x