Siapa je yang tak tahu kan bila sebut mengenai A Chocolate Restaurant, Dip N Dip. Semua dessert tu sangat sedap, memang terkenal la. Tapi kali ni, Admin nak share satu resipi yang mudah je nak buat, yang penting sedap dan kenyang. Boleh la makan banyak-banyak.
Jom kita try.
Terima kasih Tyra Manan untuk perkongsian resipi Cadbury Brownies ini 🙂
Bahan-Bahan:
250g buttercup
450g dark chocolate
110g gula perang
4 biji telur (gred A)
120g tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
Esen vanilla
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, cairkan butter dengan dark chocolate.
- Pukul telur, gula perang & esen vanilla sehingga gula larut.
- Campurkan butter yang dah cair tadi ke dalam adunan telur, gaul sebati dan baru masukkan tepung, baking powder dan serbuk koko.
- Lapik loyang bersaiz 9×9 dengan baking paper (kalau tiada baking paper, sapu sahaja loyang dengan butter), masukkan adunan tadi dan bakar pada suhu 180° selama 45 minit (mengikut oven masing-masing)
Bahan (Untuk topping):
1 bar besar coklat cadbury (Dairy milk)
2 sudu besar minyak
Coklat putih (untuk lorek warna putih)
Dark chocolate (untuk lorek warna coklat pekat)
Jangan ambil cadbury yang ada almond, nanti susah nak cairkan.
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, semua coklat dicairkan dengan kaedah double boil.
- Mula-mula cairkan cadbury dan minyak dahulu untuk kita curahkan atas brownies.
- Seterusnya, cairkan coklat putih dan masukkan dalam piping bag.
- Akhir sekali baru cairkan dark chocolate pula.
- Kemudian, buat jalur atas brownies dan tarik guna lidi kecil.
Senang sahaja kan? Boleh la feeling makan di Dip n Dip.
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Tyra Manan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos