fbpx

Resepi Che Nom Memang Selalu Sedap, Kuih Kaswi Antaranya. Jom Buat!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan kuih-muih kan? Apatah lagi Kuih Kaswi ini. Buat pula resepi Che Nom, memang lagi sedap dan mesti jadi. Makan petang dengan keluarga, memang jadi orang kata.

Jom try.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Kuih Kaswi ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan-bahan untuk A:
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
2 cawan air
1 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
3 cawan air
2 sudu besar bancuhan air kapur

Bahan-bahan untuk C:
1 biji kelapa parut
Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
  3. Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
  4. Kemudian, angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
  5. Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x